Thursday, October 2, 2014

Revised: Employability Skills Training Programs in the Workforce of Malaysia

JAWATAN KOSONG: ENUMERATOR (REVISED)

...................................................................................................


Tanggungjawab dan tugas sebagai ENUMERATOR:-

  1. ENUMERATOR yang dilantik akan pergi ke lokasi kajian (kawasan ekonomi tengah pantai barat semenanjung Malaysia - Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan) mengikut perancangan dan keperluan kajian.
  2. ENUMERATOR yang dilantik akan mengedarkan dan mengumpul soal selidik survey secara serahan tangan, menghantar dan menerima soal selidik secara pos, dan membuat panggilan telefon dan menghantar email kepada responden sebagai notis peringatan mengisi soal selidik survey untuk kajian ini.
  3. ENUMERATOR yang dilantik akan menghantar secara pos dengan selamat semua soal selidik survey yang telah lengkap kepada pihak admin/ penyelidik.
  4. ENUMERATOR yang dilantik bertanggungjawab untuk menghubungi pihak admin/ penyelidik dan mengemaskini lokasi/ perkembangan/ masalah/ situasi ENUMERATOR sepanjang masa kajian dijalankan.
  5. Jawatan ENUMERATOR ini terhad pada jangka masa penyelidikan sahaja (sekitar Oktober - November 2014).
  6. Jawatan ENUMERATOR ini boleh dijadikan jawatan sambilan kepada jawatan pemohon sedia ada atau pemohon boleh memohon jawatan sambilan lain semasa kajian ini dijalankan selagi tidak memberikan halangan kepada kajian ini.
  7. ENUMERATOR akan menghantar soal selidik survey (paper-based) secara serahan tangan dan pos yang berjumlah sekitar + - 800 mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan oleh pihak admin/ penyelidik. Perubahan jumlah soal selidik survey boleh berlaku mengikut keadaan dan keperluan kajian. Jika responden tiada di lokasi, soal selidik akan ditinggalkan di pejabat responden atau pejabat pentadbiran atau pejabat jabatan beserta pos beralamat ke ENUMERATOR.
  8. Responden diberikan masa yang cukup untuk menjawab soalan soal selidik.
  9. ENUMERATOR dilarang untuk mendedahkan dan mempolitikkan kandungan/ hasil dapatan kajian ini secara umum dan peribadi di laman-laman media sosial/ emel/ rakan taulan/ keluarga/ responden kecuali mendapat kebenaran pihak admin/ penyelidik (termasuk berSELFIE semasa menjalankan kerja atau dengan kertas soal selidik, kecuali dengan kebenaran admin/ penyelidik).
  10. Pihak admin/ penyelidik tidak akan memberikan atau menampung kos perubatan/ kos kesihatan/ insurans akibat daripada kemalangan/ kecederaan/ isu keselamatan kepada ENUMERATOR. Segala kos berkenaan atau yang seumpamanya akan ditampung sepenuhnya oleh pihak ENUMERATOR itu sendiri.
  11. ENUMERATOR tidak perlu berada di lokasi kajian sepanjang masa tetapi akan pergi ke lokasi kajian semasa mengedarkan soal selidik survey. Jangka masa edaran soal selidik survey adalah ditetapkan di dalam kajian tetapi boleh menjadi singkat jika ENUMERATOR efektif dalam mengedarkan soal selidik survey dengan kadar segera bergantung kepada kecekapan ENUMERATOR itu sendiri.
  12. ENUMERATOR boleh bekerjasama atau melantik pihak lain untuk membantu menjalankan tugas ENUMERATOR di dalam kajian ini tetapi bayaran yang ditetapkan adalah kepada ENUMERATOR yang dilantik oleh pihak admin/ penyelidik sahaja.
  13. ENUMERATOR akan mengedarkan soal selidik survey sekali sahaja kepada responden yang telah dikenalpasti di dalam kajian ini.
  14. ENUMERATOR perlu melengkapkan latihan secara online 'CITI Training'.


...................................................................................................

Syarat-syarat dan kelayakan minimum pemohon jawatan ENUMERATOR:-
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lelaki atau Perempuan.
  3. Mahir/boleh berkomunikasi dan memahami Bahasa Malaysia dan English.
  4. Mempunyai lesen memandu kereta dan/ atau motosikal.
  5. Mempunyai kenderaan persendirian untuk menjalankan kerja yang ditugaskan.
  6. Mempunyai telefon bimbit 'smartphone' dan/ atau komputer peribadi bertalian internet.
  7. Mempunyai akaun emel peribadi dan media sosial yang boleh dihubungi dan selalu dikemaskini.
  8. Boleh dihubungi bila-bila masa apabila diperlukan oleh pihak admin/ penyelidik.
  9. Berdisiplin, berdidikasi, mesra berinteraksi dengan pihak admin/ penyelidik dan responden kajian, komited, jujur, amanah, bertanggungjawab, dan professional dalam menjalankan tugas yang diberikan.
......................................................................................................

Bayaran/ Gaji yang dicadangkan kepada ENUMERATOR di dalam kajian ini:-

  1. RM 700 GAJI POKOK sekali bayar (untuk kerja utama ENUMERATOR sepanjang kajian ini dijalankan sekitar Oktober 2014). Ini akan dibuat setelah selesai semua kerja mengutip data.
  2. RM 700 ELAUN PERJALANAN DAN LOJING, ELAUN TELEFON/ INTERNET, ELAUN INSURANS, BIROKRASI, ALAT TULIS, POS, MAKAN, DAN KOS TAMBAHAN sekali bayar (untuk menampung kos perjalanan/kenderaan/ tol dan lojing/ kos komunikasi dengan responden dan pihak admin/penyelidik, kos salinan fotokopi, sampul surat, alat tulis, kertas dan elaun keselamatan/ keselesaan ENUMERATOR sepanjang kajian ini dijalankan di kawasan tengah pantai barat semenanjung Malaysia). Ini akan dibayar sebelum memulakan kerja mengutip data.
  3. RM 4/ SOAL SELIDIK YANG LENGKAP sekali bayar (untuk menampung kos mengedarkan soal selidik, memberikan peringatan kepada responden, dan mengutip soal selidik). Ini akan dibuat secara berperingkat dan juga setelah selesai semua kerja mengutip data, bergantung kepada keperluan.
  4. Perubahan bayaran seperti penambahan / bonus/ hadiah saguhati/ potongan kerana tidak menjalankan tugas dengan baik boleh berlaku mengikut keperluan kajian dan pertimbangan pihak admin/ penyelidik.
  5. RM 70 ELAUN 'CITI Training' sekali bayar. Ini akan dibayar setelah tamat latihan CITI TRAINING.
  6. Research Study Consultant juga adalah nama lain bagi ENUMERATOR dalam kajian ini.
......................................................................................................

Populasi dan Sample Kajian:-
  1. Pensyarah kejuruteraan, pendidikan teknikal dan voksional di kawasan ekonomi tengah pantai barat semenanjung Malaysia. 307 pensyarah akan dipilih secara rawak daripada laman web institut pengajian tinggi.
  2. Majikan di sektor pembuatan di kawasan ekonomi tengah pantai barat semenanjung Malaysia. 280 syarikat/majikan akan dipilih secara rawak daripada senarai yang dikeluarkan oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA).
  3. Graduan baru yang sedang menjalani program latihan kemahiran kebolehan bekerja INSEP di institusi latihan di kawasan ekonomi tengah pantai barat semenanjung Malaysia. Penyelidik/ admin menjangkakan sebanyak 200 graduan baru yang ada di institusi latihan pada masa ini dan mereka semua akan dipilih sebagai responden untuk kajian ini.
....................................................................................................

Pemohon boleh mengisi borang dengan mengklik pautan di bawah atau 'copy' dan 'paste' pautan di bawah di 'internet browser' anda.