Jawatan kosong sebagai ENUMERATOR untuk diisi secepat mungkin. Tawaran ini sah bermula pada hari iklan ini disiarkan sehingga jawatan ENUMERATOR ini diisi. Kepada sesiapa yang berminat, boleh menghubungi pihak admin/ penyelidik untuk proses permohonan.
Pemohon boleh mengisi borang dengan mengklik pautan di bawah atau 'copy' dan 'paste' pautan di bawah di 'internet browser' anda.
Pihak admin/ penyelidik akan membuat satu kajian berkenaan persepsi pendidik, majikan, dan graduan universiti terhadap peranan program latihan kemahiran kebolehpekerjaan di dalam tenaga kerja Malaysia.
Kajian ini melibatkan responden dari pihak pendidik di institusi pengajian tinggi Malaysia, majikan di dalam sektor pembuatan di Malaysia, dan graduan universiti yang sedang menjalani program latihan kemahiran kebolehpekerjaan di institusi pengajian tinggi dan pusat latihan di Malaysia.
Kajian ini adalah sah diperakui dan mendapat kebenaran menjalankan kajian daripada pihak universiti dan bahagian penyelidikan pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lokasi kajian yang difokuskan adalah di kawasan utara, tengah, dan selatan pantai barat semenanjung Malaysia.
Penyelidik ini tidak akan mendedahkan hasil dapatan kajian secara peribadi merujuk kepada individu/responden tertentu tetapi akan membentangkan hasil dapatan kajian secara umum tanpa merujuk kepada individu tertentu.
Untuk itu, pihak admin/penyelidik menawarkan jawatan ENUMERATOR untuk kajian ini. Antara sebab ENUMERATOR diperlukan adalah kerana ENUMERATOR akan berperanan sebagai individu perantara yang akan mengedarkan soal selidik survey untuk kajian ini. Selain itu, ENUMERATOR diperlukan untuk meminimakan risiko 'bias' di dalam kajian ini. ENUMERATOR juga diperlukan bagi memberikan impak profesional dan imej kredibiliti kepada kajian ini.
...................................................................................................
Tanggungjawab dan tugas sebagai ENUMERATOR:-
- ENUMERATOR yang dilantik akan pergi ke lokasi kajian (utara, tengah, dan selatan pantai barat semenanjung Malaysia) mengikut perancangan dan keperluan kajian.
- ENUMERATOR yang dilantik akan mengedarkan dan mengumpul soal selidik survey secara serahan tangan, menghantar dan menerima soal selidik secara pos, dan membuat panggilan telefon dan menghantar email kepada responden sebagai notis peringatan mengisi soal selidik survey untuk kajian ini.
- ENUMERATOR yang dilantik akan menghantar secara pos dengan selamat semua soal selidik survey yang telah lengkap kepada pihak admin/ penyelidik.
- ENUMERATOR yang dilantik bertanggungjawab untuk menghubungi pihak admin/ penyelidik dan mengemaskini lokasi/ perkembangan/ masalah/ situasi ENUMERATOR sepanjang masa kajian dijalankan.
- Jawatan ENUMERATOR ini terhad pada jangka masa penyelidikan sahaja (sekitar Mei 2014 -Julai 2014).
- Jawatan ENUMERATOR ini boleh dijadikan jawatan sambilan kepada jawatan pemohon sedia ada atau pemohon boleh memohon jawatan sambilan lain semasa kajian ini dijalankan selagi tidak memberikan halangan kepada kajian ini.
- ENUMERATOR akan menghantar soal selidik survey (paper-based) secara serahan tangan dan pos yang berjumlah sekitar 1200-1400 mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan oleh pihak admin/ penyelidik. Perubahan jumlah soal selidik survey boleh berlaku mengikut keadaan dan keperluan kajian.
- ENUMERATOR dilarang untuk mendedahkan dan mempolitikkan kandungan/ hasil dapatan kajian ini secara umum dan peribadi di laman-laman media sosial/ emel/ rakan taulan/ keluarga/ responden kecuali mendapat kebenaran pihak admin/ penyelidik.
- Pihak admin/ penyelidik tidak akan memberikan atau menampung kos perubatan/ kos kesihatan/ insurans akibat daripada kemalangan/ kecederaan/ isu keselamatan kepada ENUMERATOR. Segala kos berkenaan atau yang seumpamanya akan ditampung sepenuhnya oleh pihak ENUMERATOR itu sendiri.
- ENUMERATOR tidak perlu berada di lokasi kajian sepanjang masa tetapi akan pergi ke lokasi kajian semasa mengedarkan soal selidik survey. Jangka masa edaran soal selidik survey adalah ditetapkan di dalam kajian tetapi boleh menjadi singkat jika ENUMERATOR efektif dalam mengedarkan soal selidik survey dengan kadar segera bergantung kepada kecekapan ENUMERATOR itu sendiri.
- ENUMERATOR boleh bekerjasama atau melantik pihak lain untuk membantu menjalankan tugas ENUMERATOR di dalam kajian ini tetapi bayaran yang ditetapkan adalah kepada ENUMERATOR yang dilantik oleh pihak admin/ penyelidik sahaja.
- ENUMERATOR akan mengedarkan soal selidik survey sekali sahaja kepada responden yang telah dikenalpasti di dalam kajian ini.
...................................................................................................
Syarat-syarat dan kelayakan minimum pemohon jawatan ENUMERATOR:-
- Warganegara Malaysia.
- Lelaki atau Perempuan.
- Mahir/boleh berkomunikasi dan memahami Bahasa Malaysia dan English.
- Mempunyai lesen memandu kereta dan/ atau motosikal.
- Mempunyai kenderaan persendirian untuk menjalankan kerja yang ditugaskan.
- Mempunyai telefon bimbit 'smartphone' dan/ atau komputer peribadi bertalian internet.
- Mempunyai akaun emel peribadi dan media sosial yang boleh dihubungi dan selalu dikemaskini.
- Boleh dihubungi bila-bila masa apabila diperlukan oleh pihak admin/ penyelidik.
- Berdisiplin, berdidikasi, mesra berinteraksi dengan pihak admin/ penyelidik dan responden kajian, komited, jujur, amanah, bertanggungjawab, dan professional dalam menjalankan tugas yang diberikan.
......................................................................................................
Bayaran/ Gaji yang dicadangkan kepada ENUMERATOR di dalam kajian ini:-
- RM 1500 GAJI POKOK sekali bayar (untuk kerja utama ENUMERATOR sepanjang kajian ini dijalankan sekitar Mei 2014 - Julai 2014).
- RM 2000 ELAUN PERJALANAN DAN LOJING sekali bayar (untuk menampung kos perjalanan/kenderaan/ tol dan lojing sepanjang kajian ini dijalankan di utara, tengah, dan selatan pantai barat semenanjung Malaysia sepanjang kajian ini dijalankan sekitar Mei 2014 - Julai 2014).
- RM 1000 ELAUN TELEFON/ INTERNET/ POS sekali bayar (untuk kaedah komunikasi dengan responden dan pihak admin/penyelidik, menghantar soal selidik survey dengan responden dan pihak admin/penyelidik sepanjang kajian ini sekitar Mei 2014 - Julai 2014).
- RM 500 ELAUN INSURANS / BIROKRASI / KOS TAMBAHAN sekali bayar (untuk menampung kos tambahan seperti salinan fotokopi, sampul surat, setem, alat tulis, kertas dan elaun keselamatan/ keselesaan ENUMERATOR sepanjang kajian ini dijalankan sekitar Mei 2014 - Julai 2014).
- RM 500 ELAUN MAKAN sekali bayar (untuk menampung kos makanan dan minuman ENUMERATOR sepanjang kajian ini dijalankan sekitar Mei 2014 - Julai 2014).
- Perubahan bayaran seperti penambahan / bonus/ hadiah saguhati/ potongan kerana tidak menjalankan tugas dengan baik boleh berlaku mengikut keperluan kajian dan pertimbangan pihak admin/ penyelidik.
- Bayaran akan dilakukan secara berperingkat mengikut perkembangan kajian berdasarkan analisis dan perbincangan semasa di antara pihak ENUMERATOR dan pihak admin/ penyelidik.
....................................................................................................
Pemohon boleh mengisi borang dengan mengklik pautan di bawah atau 'copy' dan 'paste' pautan di bawah di 'internet browser' anda.